Sunday 5 February 2012

kesengsaraan mengajar erti kehidupan


Kadang kadang bile kita sekali sekala pergi hantar kakak kita balik asrama, pernah tak kita terfikir macam mana hidup mereka kat situ?mesti pernah kan?tapi pernah ke kita cuba hayati dan hargai hidup kita yang selesa kat rumah tu?mesti tak pernah kan?dan rasanya tak pernah terfikir pun untuk buat macam tu...saya kata macam tu sebab saya pun pernah lalui semua tu.Kakak saya semua duduk asrama dan saya memang selalu jadi penghantar setia kakak saya balik asrama dan saya tak pernah kisah pun untuk ambil tahu macam mana hidup mereka kat sana sampai saya masuk SMAP Labu.Kat sana awal-awal tu tiap-tiap hari saya menangis sebab selalu kena rushing, kena marah dengan senpai(akak form 5),tak reti nak iron baju , lambat basuh baju(nak basuh satu baju pun ambil masa berjam-jam),yelah kan kat rumah ibu je yang buat semua tu ..bila kita dah rasa macam mana barulah reti nak menghargai kehidupan kita yang teramat selesa masa duduk rumah,Semua nya ibu kita yang buatkan ..betul tak??masa minggu orientasi tu, tak dibenarkan untuk telefon mak ayah sebab nak latih hidup berdikari tapi cikgu tu akhirnya lembut hati nak bagi lepas 2 minggu sebab tengok kitorang hari-hari berendam air mata..Masa cikgu bagi telefon tu berebut semua orang nak pegi telefon dah la telefon awam tu cuma boleh guna TIGA je daripada 8 buah booth telefon yang ade kat situ.Masa saya dengar je suara ibu saya kat corong telefon terus merambu-rambu air mata, sampai ibu pulak yang risau dengan saya.Dan weekend tu(walaupun tak boleh datang)ibu datang and lagi sekali bila nampak ibu je automatik'hujan' pulak.Tapi itulah sebenarnya erti kehidupan yang mendewasakan kita..Takkan sampai bila-bila nak duduk bawah ketiak mak bapak kan?Tak CHALLENGING lah hidup jadinya..benda-benda macam tu lah yang kita jadikan pengalaman  yang mengajar kita untuk tabah dan cekal menjalani kehidupan sebab bila kita keluar je dari asrama, kita akan jumpa macam macam benda yang jauh lagi mencabar dengan pelbagai gelagat dan ragam manusia...




No comments:

Post a Comment